Monday, January 14, 2013

SEAWEED | Rumpai Laut Sabah

Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut (Seaweed) yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunujukkan eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-chemical dan bio-technology.

Jenis-jenis Rumpai Laut
Eucheuma Cottonii dan Euchuema Spinosunm adalah dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottonii tidak. Rumpai laut (Seaweed) adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut.

Rumpai laut (Seaweed) adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan nutrient. Kita boleh mendapatkan nutrient dalam sayuran atau rumpai laut (seeweed) ini. Rumpai laut (saeweed) telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan boleh diternakkan buat masa kini. Sayur laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut. Rumpai ini menhasilkan pelbagai dari ' bioactive compounds ' untuk digunakan dalam perubatan, kosmetik dan juga dalam makanan sebagai ' stabilizer ', ' preservatives' dan agar-agar.

Produk dari Rumpai Laut
Carrageenan adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti pharmaceutical, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Projek Pengkulturan Rumpai Laut Semporna, Sabah.

Minat? Hubungi  : Aisyah - 0177323156

0 comments: