Tuesday, January 22, 2013

Manfaat Rumput Laut (Seaweed) untuk ibu mengandung


Rumpui laut merupakan jenis alga atau alga yang tumbuh di laut. Di Malaysia yang merupakan kawasan tropika, jenis alga yang boleh ditanam adalah seaweed merah (Rhodophyceae), sedangkan di daerah bukan tropika seperti Jepun, seaweed yang ditanamkan adalah seaweed coklat (Phaeophyceae). seaweed di Malaysia dikenali dalam bentuk agar-agar mengandungi manfaat yang sangat banyak.

Dalam masyarakat pengambilan rumpai laut dalam bentuk sayur, ulam, puding, atau kudapan. 'Seaweed' boleh diambil secara terus atau boleh dipelbagaikan seperti dicampurkan dalam makanan mahupun minuman kegemaran. 

Beberapa manfaat kolagen marin asli, khasnya untuk wanita hamil (ibu mengandung) :

  • Kandungan serat 'seaweed' tinggi tapi kalorinya rendah. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi yang sering mengalami sembelit. 
Lemak yang terkandung dalam 'seaweed' tersusun dari asid lemak esensial omega 3 dan omega 6 yang sangat diperlukan untuk pembentukan rangkaian pada janin, terutamanya untuk pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
Pelbagai mineral dengan komposisi yang sangat baik diperlukan tubuh, antara lain magnesium, kalium, natrium, kalsium, iodium, klor, fosforus, sulfur, dan besi. Mineral ini sebahagian besar diperlukan sebagai pemangkin dalam proses metabolisme dalam tubuh.
'seaweed' berperanan sebagai makanan anti-Goiter / tiroid kerana mengandungi iodium yang tinggi. Apabila berlaku pembesaran kelenjar tiroid, ia akan mengakibatkan fatal pada janin, iaitu boleh mengakibatkan gangguan mental, Kecacatan fizikal dan kelewatan pertumbuhan otak.
Asid alginat dalam 'seaweed' berfungsi untuk mengikat logam -logam berat dan radioaktif. Maka, 'seaweed' berperanan untuk menyekat bahan-bahan tersebut.

0 comments: