Thursday, January 24, 2013

PROMOSI PMC ( IBU KOLAGEN ASLI) SEHINGGA 31 JAN 2012

Berita baik untuk peminat setia @ pengguna PMC ( pure marine collagen ) @ ibu kolagen marin asli di Malaysia. Kami ingin mewar-warkan berberapa pengumuman serta tawaran LUAR JANGKAAN!

Tawaran 1
A)  Harga Promosi Paket 110gram Violet PMC (gred AAA) = RM20.00 + FREE GIFT bernilai RM15
B)  Harga Promosi Paket 110gram Golden PMC (gred AA) = RM15.00 + FREE GIFT bernilai RM10
* Tambahan caj pos RM5 dikenakan.

Tawaran 2
A) Beli 5 Paket 110gram Violet PMC (gred AAA) = RM75.00 (RM15/paket) + FREE GIFT bernilai RM29.
b) Beli 5 Paket 110gram Golden PMC (gred AA) = RM50.00 (RM10/paket) + FREE GIFT bernilai RM14
* Tambahan caj pos RM5 dikenakan.


Tawaran 3
A) Belian PUKAL 1 KG Violet PMC (gred AAA) = RM48.00 + FREE KOS POSLAJU*.
B) Belian PUKAL 1 KG Golden PMC (gred AA) = RM45.00 +  FREE KOS POSLAJU*.
*FREE KOS POSLAJU dengan minima order 2 kg ke atas.* Tambahan caj pos RM7/kg dikenakan.

Tawaran 4
Tawaran untuk sesiapa yang berminat untuk OEM / BRANDING JENAMA SENDIRI.

OEM 1 ( LOGO / JENAMA SENDIRI ) RM199
1) Flyers bewarna, saiz separuh A4, kertas kilat, 500pcs 
2) Kad bisnes berwarna depan belakang, kertas 260gsm, waterproof, 7box
3) Caj custom design FREE
4) Tambahan (Jika perlu) : Banting 2x6, 720dpi, tapauline, 2 pcs ( Extra caj RM50 )
5) Tambahan (Jika perlu) : Blog promosi PMC, 1 unit ( Extra caj RM150 )
6) Tambahan (Jika perlu) : Logo jenama anda, 1 unit ( Extra caj RM50 )
* Tidak termasuk kos penghantaran.


OEM 2 ( LOGO / JENAMA SENDIRI ) RM449
1) Flyers bewarna, saiz separuh A4, kertas kilat, 2000pcs + FREE 1000pcs
2) Kad bisnes berwarna depan belakang, kertas 260gsm, waterproof, 10box + FREE 2box
3) Caj custom design FREE
4) Tambahan (Jika perlu) : Banting 2x6, 720dpi, tapauline, 2 pcs ( Extra caj RM1Harga 1 Malaysia.. hehe..
5) Tambahan (Jika perlu) : Blog promosi PMC, 1 unit ( Extra caj RM50 )
6) Tambahan (Jika perlu) : Logo jenama anda, 1 unit ( Extra caj RM1 ) Harga 1 Malaysia..Hehe
* Tidak termasuk kos penghantaran.


Berminat? Sila sms ye.. Selamat maju jaya!




0 comments:

Tuesday, January 22, 2013

Manfaat Rumput Laut (Seaweed) untuk ibu mengandung


Rumpui laut merupakan jenis alga atau alga yang tumbuh di laut. Di Malaysia yang merupakan kawasan tropika, jenis alga yang boleh ditanam adalah seaweed merah (Rhodophyceae), sedangkan di daerah bukan tropika seperti Jepun, seaweed yang ditanamkan adalah seaweed coklat (Phaeophyceae). seaweed di Malaysia dikenali dalam bentuk agar-agar mengandungi manfaat yang sangat banyak.

Dalam masyarakat pengambilan rumpai laut dalam bentuk sayur, ulam, puding, atau kudapan. 'Seaweed' boleh diambil secara terus atau boleh dipelbagaikan seperti dicampurkan dalam makanan mahupun minuman kegemaran. 

Beberapa manfaat kolagen marin asli, khasnya untuk wanita hamil (ibu mengandung) :

  • Kandungan serat 'seaweed' tinggi tapi kalorinya rendah. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi yang sering mengalami sembelit. 
Lemak yang terkandung dalam 'seaweed' tersusun dari asid lemak esensial omega 3 dan omega 6 yang sangat diperlukan untuk pembentukan rangkaian pada janin, terutamanya untuk pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
Pelbagai mineral dengan komposisi yang sangat baik diperlukan tubuh, antara lain magnesium, kalium, natrium, kalsium, iodium, klor, fosforus, sulfur, dan besi. Mineral ini sebahagian besar diperlukan sebagai pemangkin dalam proses metabolisme dalam tubuh.
'seaweed' berperanan sebagai makanan anti-Goiter / tiroid kerana mengandungi iodium yang tinggi. Apabila berlaku pembesaran kelenjar tiroid, ia akan mengakibatkan fatal pada janin, iaitu boleh mengakibatkan gangguan mental, Kecacatan fizikal dan kelewatan pertumbuhan otak.
Asid alginat dalam 'seaweed' berfungsi untuk mengikat logam -logam berat dan radioaktif. Maka, 'seaweed' berperanan untuk menyekat bahan-bahan tersebut.

0 comments:

Monday, January 14, 2013

SPA pure marine collagen

Spa Rumpai Laut / Seaweed
Ikuti teknik simple tapi efektif.

Bahan-bahan
1.  8oz/ (225g) rumput laut kering di kisar menjadi serbuk
2.  2 titis minyak essential lavender
3.  1 titis minyak essential rosemary
4.  3 sudu makan (45ml) dari minyak almond atau minyak zaitun

Kaedah
A. Campurkan serbuk rumput laut kering yang sudah dikisar dengan jumlah kecil air suam untuk menghasilkan pes.


B. Campurkan minyak essential lavender dan rosemary bersama minyak almond / minyak zaitun. 

C.  Kemudian adun ke dalam pes rumput laut. Jika pes terlalu kental/pekat tambahkan sedikit air atau lebih, Jika terlalu tipis dan berair, tambah lagi sedikit serbuk rumpai laut higga pes anda mempunyai konsisten yang baik.

D.  Lumurkan campuran rumpai laut tersebut di seluruh tubuh bermula dengan kaki anda hingga ke atas. Bungkuskan diri anda dengan plastik atau selimut thermal foil Cover (boleh digunakan semula). Berkurung /berbaring di dalam bilik yang hangat untuk 20 untuk 30 minit sebelum membilasnya dengan berendam / mandi air yang hangat.

Cubalah!

0 comments:

Kesan Kurang Kolagen

Kesan kekurangan kolagen dalam badan anda
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan kekurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu, kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis ( sakit sendi ), osteoporosis, arteriosclerosis. Selain itu kolagen juga untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. Kebanyakan kolagen yg ada di dlm produk kosmetik kandungannya adalah sedikit sahaja tetapi dgn kolagen asli yg 100% dari rumpai laut ini jumlah kandungannya lebih berbaloi lagi yang akan kita dapat dgn harga yg lebih murah.




Tanda-Tanda Penuaan
- Kulit semakin kusam
- Tubuh kurang bermaya
- Wajah kurang seri
- Kulit wajah berkedut dan mula kendur
- Masalah pigmentasi kulit
- Cepat letih dan lesu
- Kerap sakit badan dan sendi
- Masalah mudah lupa
- Masalah kurang penglihatan

Kolagen ini memang wujud didalam tisu kulit manusia. Apabila berusia jumlahnya akan berkurangan. Jadi dgn kolagen asli daripada rumpai laut ini ia memang membantu menambahkan kolagen di dalam kulit malah untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit antaranya menegang dan awet muda. Memanglah byk faktor yg menyumbang kolagen semakin berkurangan dalam tubuh badan terutamanya bagi peminum kopi/kafein tegar.

KOLAGEN MENTAH~ DARI SUMBER RUMPAI LAUT SEMULAJADI
1. 100% asli belum diproses, tidak ada campur apa-apa bahan, bebas kimia / racun / pewarna / pengawet / steroid / perisa tambahan.
2. Kolagen ni berkesan sekiranya diamalkan ada nampak kulit akan makin berseri-seri tiada lagi kulit kusam, kalau seminggu lebih dah boleh nampak kesan terutama  sekali pori-pori muka akan rapat dan nampak licin. 

0 comments:

PMC | FAQ | Q&A | Soalan & Jawapan

Soalan yang sering ditanya oleh pelanggan tentang PURE MARINE COLLAGEN (PMC)

Q: Kalau orang mengandung boleh makan tak PMC, tiada kesan sampingan ke?
A : Boleh sangat-sangat digalakkan lagi mengambil PMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan badan dan mencantikkan diri, malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda.

Q : Saya sekarang mengandung dan tengah makan PMC tetapi muka saya masih berjerawat kenapa?
A: Ada 2 kemungkinan:
1. Kemungkinanan badan anda sedang mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PMC adalah menyahkan toksid dalam badan .
2. Kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PMC tetapi menyerapan PMC anda disalurkan pada bayi anda. Kadang kala apa yang si ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi pada si anak yang dikandung.

Q : Ibu yang tengah menyusukan anak boleh makan PMC ?
A : Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin sebagai mereka mesti membekalkan kedua-dua mereka sendiri dan anak-anak mereka. Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda. Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menyediakan anda dengan cadangan tertentu.

Q : Kanak-kanak boleh makan PMC ?
A : Kanak-kanak antara umur 1 tahun dan 14 tahun memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa.
1. Antara umur 1 tahun dan 8 tahun, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 tahun dan 14 tahun memerlukan 120 mcg sehari.
2. Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari bila dilahirkan hingga berumur 6 bulan . Bayi antara 6 bulan dan 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.

Q : Saya dalam masa MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan PMC ini ?
A : Ya, selamat dan disarankan untuk memakan PMC ini kerana PMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang dalam proses menopause

Q : Saya dapati PMC boleh menghilangkan masalah keputihan?
A : Ya, PMC bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA dimana ia menyahkan toksid badan dan menghilangkan semua masalah keputihan

Q: Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?
A : Tidak, khasiat di dalam PMC tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.

Q : Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk rebus PMC?
A : Bagi saya semuanya betul. Rebuslah PMC mengikut kekentalan yang anda inginkan. Ada dikalangan pengguna lebih suka pekat PMC, jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair, jadi lebihkan kuantiti air semasa merebus PMC.

Q : Apa beza PMC @ Rumpai Laut yg dijual ini dengan Kolagen yang banyak dipasaran.
A : PMC yang dijual ini dalam bentuk bahan mentah, maksudnya ia adalah asli tanpa sebarang bahan kosmetik yang banyak bahan campuran seperti bahan perisa dan pewarna.

Q : PMC ini ada kelulusan KKM?
A : Saya berpendapat PMC ini tidak perlu kelulusan KKM seperti mana anda beli ikan masin, masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM, untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya sebelum dimakan.

Q : Berapa lama PMC ini boleh bertahan?
A: Selagi PMC ini dalam keadan yg bertutup rapat, ia akan bertahan lama sehingga 2 tahun.

Q: Kenapa bila saya mkn PMC ini rasa macam nak demam, hidung berair, muka mata jadi gatal-gatal, adakah saya tidak sesuai makan PMC ini?
A : Sebenarnya anda kurang minum air sebab itu sistem badan jadi agak terkejut.

Q: Berapa banyak yang perlu saya ambil air?
A: Sekurang-kurangnye sebanyak 8 Gelas sehari bagi melancarkan sistem perkumuhan dalam badan

Q: Berapa lama nampak kesan?
A: Ia bergantung kepada seseorang individu.
Ada yang nmpak perubahan setelah ambil PMC ni selama 2 minggu, nampk perubahannya. Ada setelah sebulan ambil baru nampak perubahanya

0 comments:

Keajaiban Seaweed ( Rumpai Laut )

Rumpai laut kaya dengan pelbagai unsur mineral seperti natrium, kalsium, magnesium, kalium, klorin, sulfur, fosforus dan pelbagai mikronutrien yang diperlukan oleh badan kita.

Rumpai laut Perang seperti Laminaria dan Sargassum umpamanya, mengandungi kandungan iodine yang tinggi. Iodine sangat diperlukan oleh badan untuk menghasilkan hormone tiroid, yang berfungsi untuk mengawal kadar metabolic, mental dan perkembangan fizikal yang normal.

Dalam bidang perubatan, rumpai laut dikatakan mampu menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, kanser prostat, penyakit beguk dan ketumbuhan.

Rumpai laut juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit radiasi, menghalang pertumbuhan 'tumor' kanser payudara., merawat jangkitan saluran kencing, sakit tekak, pembengkakan kaki (beriberi) serta menyingkirkan kahak.

Golongan Obesiti
Selain itu, rumpai laut juga dipercayai dapat membantu golongan yang mempunyai masalah obesiti /  kegemukan (obesity). Sebatian fucoxanthin yang terdapat di dalam rumpai laut berupaya menurunkan berat badan. Sebatian ini bertindak dengan meransang protein, UCP1 yang terdapat pada rangkaian ‘white adipose tissue’ iaitu sejenis lemak yang mengelilingi organ dalaman.

Seterusnya, ransangan ini menyebabkan pengoksidaan lemak dan ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan badan. Hal ini dibuktikan melalui satu kajian pakar yang dijalankan oleh Universiti Hokaido, Jepun. Dalam kajian tersebut, haiwan yang diberi makan rumpai laut telah mencatatkan penurunan berat badan 5-10%.

Kesan pengambilan kolagen seaweed yang teratur dan berterusan
Pengambilan pemakanan tambahan seperti KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT ini secara tidak langsung membantu memulih dan menjaga kulit dari dalam. Hasil positif dapat dilihat seawal 2-3 minggu pertama di mana fungsi utama kolagen ini berupaya meningkatkan keanjalan kulit badan secara keseluruhan, menambahkan keserian wajah, juga membantu mengurangi jerawat serta jeragat degil secara beransur-ansur. Selain dijadikan ' masker ' muka & badan dan dicampur dalam jus minuman, jeli kolagen yang sudah dimasak ini juga sangat baik untuk dijadikan bahan sapuan untuk merawat luka kecil, melecur, gigitan serangga dan masalah kulit lain seperti kudis dan panau..

Kesan kenyang akibat kandungan Fiber dan Protein  seaweed
MENGURUSKAN BADAN TANPA BERLAPAR,TANPA SENAMAN,TANPA KESAN SAMPINGAN! Pengambilan RUMPAI LAUT KOLAGEN ASLI 100% bertindak sebagai fiber dan protein , dimana anda akan rasa kenyang selepas pengambilan bahan tersebut.

Bagi yang takut mengalami GASTRIK selepas makan RUMPAI LAUT, jangan risau dan jangan takut kerana RUMPAI LAUT juga bertindak sebagi pelapik dalam perut anda dan memperbaiki lapisan-lapisan dalam perut anda . Maka dengan ini, RUMPAI LAUT bukan sahaja mampu menurunkan berat badan anda malahan ia menghindarkan anda daripada mengalami GASTRIK.

Rumpai laut ( seaweed ) ternyata hebat, wajib cuba.

Hubungi Aisyah - 0177323156


0 comments:

SEAWEED | Rumpai Laut Sabah

Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut (Seaweed) yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunujukkan eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-chemical dan bio-technology.

Jenis-jenis Rumpai Laut
Eucheuma Cottonii dan Euchuema Spinosunm adalah dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottonii tidak. Rumpai laut (Seaweed) adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut.

Rumpai laut (Seaweed) adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan nutrient. Kita boleh mendapatkan nutrient dalam sayuran atau rumpai laut (seeweed) ini. Rumpai laut (saeweed) telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan boleh diternakkan buat masa kini. Sayur laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut. Rumpai ini menhasilkan pelbagai dari ' bioactive compounds ' untuk digunakan dalam perubatan, kosmetik dan juga dalam makanan sebagai ' stabilizer ', ' preservatives' dan agar-agar.

Produk dari Rumpai Laut
Carrageenan adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti pharmaceutical, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Projek Pengkulturan Rumpai Laut Semporna, Sabah.

Minat? Hubungi  : Aisyah - 0177323156

0 comments:

Wednesday, January 9, 2013

Testimoni Lufya - Kolagen Asli

Apa kata lufya ( artis ) berkanaan amalan pengambilan kolagen asli. Lihat juga video (Nona 2012 : Kolagen Rumpai Laut) disebelah untuk bukti.


Apa kata lutfya Omar : 

" "Rawatan rumpai laut adalah rawatan semulajadi, Lufya dah menggunakan rumpai laut ni agak lama (4tahun).

Jadi Lufya dapati bila kita makan rumpai laut ni, Lufya rasa kenyang. Jadi, ia salah satu teknik diet juga lah.

Jadi bila Lufya bergiat aktif, Lufya tak rasa lapar dan makin lama Lufya rasa badan Lufya makin kecil, makin kurus kan dan bukan sahaja kulit, malah kesihatan Lufya semakin baik.

Alhamdulillah bila Lufya membuat performance (persembahan) dan show (pertunjukan) badan rasa bertenaga"

Lufya Omar (artis/pelakon/bekas pelajar Akademi Fantasia)

0 comments: