Friday, December 21, 2012

Caraguna Dan Carabuat Masker PMC


Caraguna / membuat masker
- Cuci muka anda dengan air suam 2-3 kali agar pori2 di muka terbuka luas.
- Bagi kesan terbaik diwapkan pula muka dengan wap air panas/suam.
- Campurkan gel kolagen tadi dengan bahan berikut :

Kulit Normal - Campur kolagen dengan madu.
Campurkan madu bersama gel kolagen ini dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu membuatkan kulit tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.

Kulit Kering - Campur kolagen dengan jus lemon @ susu tepung.
Campurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih muda, melambatkan penuaan dan melembabkan kulit.

Kulit Berminyak - Campur dengan buah tomato yang masak ranum.
Sebatikan gel kolagen bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Tetapi sekiranya ingin teknik yang lebih ringkas. Anda hanya...
- Sapukan kolagen asli dimuka sebelum tidur.
- Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit di muka sebelum dicuci bersih atau dibiarkan semalaman sehingga bangun tidur baru dicuci dengan air bersih.

Cubalah untuk hasil yang menakjubkan.

Order sekarang.
AISYAH - 017-7323156

0 comments: